Wednesday, May 11, 2011

LOST WEIGHT....

assalamualaikum.....
Arghhhh!!! sejak akhir2 nie......kerap sungguh orang ckp badan aku da naik....
mula2 dengar, aku malas nk pikir sangat, ambik xendah jew....tp sekarang da makin ramai yang cakap...
mula la aku rasa tension dan sangat stresss!!! (ada jugk yang kene telan kang). Actually aku xde la gemuk mana pown.....agak berisi la.....atau lebih sedap disebut chubby...hehehe....
sebelom nie aku pernah lagi besar dari nie....tp dengan berkat usaha aku sewaktu di kolej dulu.....aku bersenam dan bersukan....berjayalah aku menurunkan berat badan yg ideal.....dan ramai yang da lama x jumpa aku..semua puji ckp aku da kurus......tp sekarang nie......sejak aku bekerja dari tahun lepas Oct 2010...aku da x bersukan dan bersenam, kawan2 office selalu ajak makan yg sodap2 laks tuh.....lagi terbaik aku suke try memasak makanan yang baru2.....sejak tu la mulanya berat badan aku naik semula....hadoiii...dan skunk aku ngah cuba tok berdiet balik....
so aku pun search la kt internet pasal diet.....dan aku terjumpa satu article bertajuk "Cara Paling Mudah dan Jimat Untuk Membakar Lemak".
Disini ingin sy berkongsi sedikit maklumat mengenai amalan diet nie.....

Tahukah anda cara paling mudah untuk mempercepatkan kadar pembakaran lemak di dalam badan?
Jawapannya ialah.......MINUM BANYAK AIR!!!!!! antara kebaikannya :

1) Air meningkatkan kekuatan dan performa anda ketika di gym.

Seperti yang anda tahu, dalam menjalani sesi latihan bebanan dan kardiovaskular, tenaga dan kekuatan anda perlu berada ditahap yang terbaik. Kajian menunjukkan sekiranya anda mengalami sedikit dehidrasi boleh mengurangkan kekuatan fizikal anda dengan ketara. Malah dengan hanya pengurangan 3-4% air didalam badan anda boleh menyebabkan 10-20% pengecutan otot-otot didalam badan.


2)Air membantu mengelakkan kecederaan.

Latihan bebanan dan kardiovaskular berintensiti tinggi boleh mewujudkan stress dibahagian sendi anda. Air boleh mengatasi masalah ini dengan memberikan kelinciran kepada sendi-sendi anda dan membina "cushion" perlindungan disekeliling sendi anda.


3) Air membantu penghadaman.

Makronutrient seperti protein, karbohidrat dan lemak memerlukan air untuk dipecahkan kepada komponen yang lebih kecil. Bagi memastikan badan anda benar-benar dapat menggunakan nutrient ini, anda perlu memastikan pengambilan air didalam badan sentiasa mencukupi. Namun perlu diingat pengambilan air yang banyak ketika waktu makan boleh menyebabkan perut kembung dan menjejaskan penghadaman. Minum air ketika perut anda tidak terlalu penuh.


4) Air meningkatkan pembakaran lemak.

Salah satu fungsi hati adalah untuk mengatur metabolisma lemak. Hati juga berperanan membantu ginjal anda dalam pembuangan bahan kumuhan didalam badan melalui urine. Apabila pengambilan air adalah sedikit, bahan kumuhan ini akan terkumpul didalam badan dan akan memaksa ginjal dan hati untuk bekerja lebih untuk membuang bahan kumuhan ini. Kekurangan air boleh menganggu hati anda untuk membakar lemak kerana hati perlu membantu ginjal untuk menbuang bahan kumuhan didalam badan. Hasilnya kadar pembakaran lemak anda akan berkurangan.


5) Peningkatan pengambilan air mengurangkan penyimpanan air berlebihan dalam badan.

Apabila pengambilan air adalah rendah, badan anda akan menyimpan lebih banyak air atas sebab 'survival'. Air yang disimpan biasanya akan disimpan diperut, peha, punggung, muka dan sebagainya lalu menyebabkan anda kelihatan lebih gemuk. Anda sebenarnya boleh kelihatan lebih ramping dalam beberapa hari sahaja hanya dengan meningkatkan pengambilan air kerana ia akan mengurangkan penyimpanan air berlebihan didalam badan.
 

Jadi berapa banyak airkah yang perlu anda ambil dalam sehari?


Secara amnya, darab berat badan anda di dalam pound (Lb) dan gandakan dengan 1.6. Hasilnya ialah jumlah ounce(Oz) air yang perlu anda ambil sehari. (1kg = 2.2 lb, 1 Oz = 0.03 Liters)
Ia mungkin rasa terlalu banyak, namun apabila anda sudah biasa ia akan menjadi tabiat yang sihat. Beberapa hari pertama anda mungkin akan perlu ketandas dengan kerap kerana badan anda sedang membuang simpanan air berlebihan didalam badan. Selepas beberapa hari ia tidak lagi akan menjadi satu masalah.
Ingat jangan hanya minum apabila anda sudahpun berasa dahaga, kerana rasa dahaga adalah symptom dehidrasi yang sudahpun berlaku didalam badan!


(renung-renungkan dan selamat beramal ^__^)